Ahad, 28 Mac 2010

Berapa kali lagi aku harus menangis..

Prince Charming? ada ianya wujud, jikapun ianya wujud adakah ia "the perfect man" dan adakah ia mampu membuat wanita sentiasa tersenyum gembira tanpa menitiskan air mata. Ane kali keempat dah ku menangis mengenangkan diriku yang seakan akan tidak diperlukan atau tidak dihargai langsung daripada seseorang yang aku cintai. Hmmm... mahu rasanya aku meninggalkan dia dan hidup seorang diri daripada berterusan cemani tetapi dah terlanjur bertunang.
Aku rasa pertunangan itulah yang telah membawa berbagai masaalah dalam perhubungan kami. Ia seakan akan sudah GAH yang aku tidak akan meninggalkannya. Jadinya bila dia sakiti hatiku, dia tidak memperdulikan untuk memujuk aku kerana baginya aku akan tetap merangkak kembali merayu meminta cintanya. Dia GAH dengan semakin ramai kawan di mukabukunya....Dia GAH semakin ramai wanita menjadi temannya di mukabuku tersebut. Sehinggakan kehadiran tunang dalam hidupnya hanya sebagai angin yang berlalu.

Jadinya dengan rasa yang terluka, aku mengambil keputusan untuk membalas atas apa yang dilakukan. Jangan ia fikir aku tidak berani untuk membatalkan perkahwinan kami pada saat saat akhir. Aku lebih rela hidup seorang daripada menghabiskan sisa hidup ku dengan lelaki yang hanya tahu menyakitkan hatiku. Buat masa ane, ku layan dulu ne ulahnya. Biar ia dengan mukabukunya...biar ia dengan wanita wanita dimukabukunya....biar ia dengan egonya.

Yang, dimalam adalah malam yang penghabisan kau menghancurkan hatiku. Kau lupa ALLAH taala maha adil yang. Hari ane aku menangis..suatu hari karang kau akan menangis. Hari ane aku merayu meminta perhatian..suatu hari karang kau akan berlutut meraung meminta perhatianku. Tapi semua itu nanti... pergilah kau dulu disana dengan ego dan mukabuku mu sementara aku disini akan berjuang sendiri untuk kesihatan dan karier ku.. Aku percaya suatu saat nanti, kau akan berkata " yang..please dont leave me "......


kesumahati 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan